WELCOM TO ADA KU KISAH

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Selamat datang,Selamat membaca & Terima kasih kerana mengunjungi BLOGGER ADA KU KISAH ini..
Di mana saya akan mempaparkan pelbagai bahan menarik untuk di kongsikan bersama.. :)

Ahad, 28 Disember 2014

Kuih Piang Atau Kuih Pau Goreng


Kuih Piang atau di kenali sebagai Kuih Pau Goreng di mana terdapat inti kacang hitam di dalamnya,bahan untuk membuat kuih piang ni mudah dan ringkas je. Nak tau apa bahan-bahannnya?sediakan pen dan kertas.

Bahan - bahannya :

500gram tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 ulas bawang putih(tumbuk sampai hancur)
4 sudu teh Mentega/Planta
2 gelas air suam
1 sudu teh serbuk YES
1 sudu serbuk penaik

Bahan Inti :
250gram inti kacang hitam/merah

Cara-caranya :
Masukkan tepung gandum kedalam bekas adunan,kemudian campurkan sukatan garam,gula,serbuk penaik dan serbuk YES,campurkan 2 ulas bawang yang di tumbuk sehingah hancur,kemudian masukan mentega atau planta dan di adun sehingga sebati,masukkan air suam sedikit demi sedikit kedalam adunan sehingga adunan menjadi lembut(tidak keras dan tidak cair).Setelah adunan selesai di adun,ambil sedikit adunan dan buat seperti bebola ikan,kemudian buat lubang seperti kawah di bahagian tengah adunan tersebut dan letak inti kacang hitam kedalam lubang,kemudian tutup lubang adunan dan lenyekan adunan tersebut seperti "O" 
setelah selesai adunan di lenyekan,tunggu adunan tersebut sehingga kembang dan akhir sekali panaskan minyak kedalam kuali kemudian  masukkan kedalam kuali  setelah minyak betul-betul panas..

>>SELAMAT MENCUBA YER!!!<<



3 ulasan:

  1. Bukan guna dua ulas bawang putih tu cuma untuk kuih cakoi kah sis? Sebb lain jadinya rasa tepung kuih piang

    BalasPadam
  2. Kalau x letak bwg putih blh jd tak

    BalasPadam