Seringkali kita akan mengeluh tentang cuaca hujan,panas,banjir dan lain-lain,pernah ke kita terfikir akan semua kejadian,keadaan atau apa yang beraku atas kehendak Allah?Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa setiap apa yang dikehendakinya keatas mahluk ciptaanNya,kita sebagai mahluk ciptaanNya tidak dapat menandingi akan kekuasaan Maha Pencipta(Allah). Cuba kita renungi setiap musibah yang datangnya dari Tuhan atas apa yang kita lakukan di dunia ini,kadang-kadang kita tidak menyedari akan musibah yang menimpa kita,kita cuma anggap ianya cuma pekara biasa dan fenomena alam atau bencana yang berlaku itu semuanya kerana kehendak Allah tapi kenapa semuanya kerana Allah?Apa yang berlaku kerana perbuatan mahluk ciptaanNya sendiri,kita lah yang menjadi penyebab berlakunya musibah bencana dan lain-lain,kita lah yang membinasakannya sehingga terjadinya musibah,bencana dan lain-lain. Kita sebagai manusia yang punya akal dan fikiran yang boleh berfikir kearah kebaikan dan bukan kebinasaan,hendaklah sentiasa bersyukur setiap nikmat yang di berikan Tuhan kepada kita di dunia ini,bukan saling bermusuhan,menzalimi,maksiat yang melampau,berpecah belahan sesama sendiri sehingga kita di murkai Allah dengan pelbagai bencana yang menimpa.. Kenapa Allah turunkan hujan sehingga berlakunya banjir besar dan kerosakan harta benda?kerana Allah ingin kita menyedari akan setiap perbuatan yang kita lakukan,kerana Allah ingin satukan hambanya dengan saling tolong menolong,bantu membantu dan sentiasa hidup dalam bermuafakat ketika di timpa musibah mahupun dalam apa juga keadaan,kerana Allah ingin mengingatkan setiap hambanya yang leka atau lalai setiap apa yang dikerjakan atau terlarang oleh Allah. Oleh itu sama-samalah kita renungi dan mensyukuri setiap nikmat dan rahmat yang di berikan Tuhan,jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan