WELCOM TO ADA KU KISAH

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Selamat datang,Selamat membaca & Terima kasih kerana mengunjungi BLOGGER ADA KU KISAH ini..
Di mana saya akan mempaparkan pelbagai bahan menarik untuk di kongsikan bersama.. :)

Ahad, 28 Disember 2014

Kisah Hantu Jelmaan Meriam


Pada sekitar tahun 1991 ketika itu saya baru berusia 7 tahun,saya ingin kupaskan sedikit sebanyak kisah seram yang pernah saya alami dan terjadi pada waktu itu untuk di kongsikan bersama anda..
Pada tahun 1991 ada seorang perempuan cantik bernama Meriam,Meriam seorang gadis yang di gilai dan di minati oleh mana-mana lelaki.Pada suatu hari,Meriam telah bertemu dengan jejaka pilihannya untuk di jadikan sebagai kekasihnya,sekian lama Meriam bercinta dengan teman lelakinya akhirnya meriam terlanjur dengan teman lelakinya. Sebelum mereka merancang untuk berkahwin,keluarga pihak teman lelaki Meriam  tidak bersetuju untuk di jadikan Meriam sebagai menantunya. Meriam yang  dalam keadaan hamil 7 bulan merasa kecewa lalu mengambil jalan mudah untuk membunuh diri dengan memakan ubat sehingga terlebih dos.Meriam pun rebah tidak sedarkan diri dan  Meriam di bawa ke hospital besar yang berdekatan untuk di rawat,ketiaka dalam perjalanan menuju ke hospital,doktor mengesahkan bahawa Meriam telah meninggal dunia dan di letakkan di peti mayat sementara menantikan kehadiran keluarganya untuk menuntut mayat Meriam.Ketika keluarga Meriam belum tiba ke hospital,tiba-tiba peti mayat yang di tempatkan mayat meriam kedengaran bunyi hentakan seolah-olah Meriam belum lagi meninggal dunia dan ingin membuka peti mayat tersebut tetapi pertugas yang menjaga peti mayat tersebut merasa ketakutan dan pergi meninggalkan bilik mayat tersebut.Keluarga meriam telah tiba di hospital dan menuntut mayat meriam,ketika itu keluarga meriam merasa pelik kerana mayat meriam seolah-olah belum mati lagi,tanpa membuang masa bagi mengelakan kelewatan pengembumian meriam,segala urusan di hospital yang sudah selesai,mayat meriam segera di bawa pulang ke rumah bagi menguruskan jenazahnya.Ketika jenazah meriam di urus,sewaktu jenazahnya di mandikan,tubuh badan meriam ketika itu dalam keadaan panas seolah-olah jenazah meriam belum mati lagi,mereka yang hadir menguruskan jenazah meriam terasa pelik akan tetapi jenazah meriam segera di uruskan sehinggalah selesai di kafankan.Ketika jenazah meriam selesai di kebumikan,setelah masuk waktu malam,tiba-tiba penduduk kampung di gemparkan dengan  berita tentang kebangkitan hantu meriam,semua penduduk kampung berasa ketakutan dan tidak sesekali keluar rumah pada waktu malam.
Beberapa hari dan minggu berlalu dengan kekecohan hantu meriam. Pada suatu hari sanak saudara meriam mengadakan majlis perkahwinan saudaranya,ketika saudaranya memakai baju pengantin yang di miliki oleh meriam,tiba-tiba hantu meriam datang dan merasuk kedalam  tubuh saudaranya. Hantu meriam yang merasuk tubuh badan saudaranya itu mula menceritakan kepada keluarganya bahawa dirinya belum mati lagi ketika dia di kebumikan,keluarga meriam merasa sedih dan kesal keatas keluarga pihak teman lelakinya kerana tidak merestui perkahwinan mereka. sekian lama hantu meriam menampakan kelibatnya dan menakutkan penduduk kampung. ketika itu saya dan keluarga saya sedang nyenyak tidur,tiba-tiba bapa saya terdengar bunyi seretan kain di atas bumbung rumah dan pada masa yang sama terdengar bunyi jeritan ayam seperti di baham binatang buas,lalu bapa saya memerhatikan di luar rumah melalui tingkap yang berdekatan reban ayam,ketika itu bapa saya sangka ada orang tengah mencuri ayam tetapi bapa saya merasa tidak sedap hati,lalu membaca ayat kursi sebanyak 3 kali dan menghembuskan ke arah reban ayam tersebut,tiba -tiba terdengar bunyi jeritan kuat seperti orang yang dalam kesakitan,bapa saya terkejut apabila melihat hantu meriam terbang pergi meninggalkan reban ayam tersebut. Keesokan paginya,saya ternampak dua ekor ayam betina mati dengan kesan gigitan di tengkuk dan di kepala ayam tanpa sedikit darah pon yang tertinggal. itu lah pengelaman atau kisah seram yang saya ingin ceritakan dan di kongsikan bersama.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan