WELCOM TO ADA KU KISAH

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Selamat datang,Selamat membaca & Terima kasih kerana mengunjungi BLOGGER ADA KU KISAH ini..
Di mana saya akan mempaparkan pelbagai bahan menarik untuk di kongsikan bersama.. :)

Sabtu, 27 Disember 2014

Rahsia Penawar Ikan Haruan



Ikan Jalak atau di kenali sebagai ikan Haruan adalah sejenis ikan air tawar,ikan haruan mudah di dapati di mana-mana kawasan paya,sungai dan aliran anak sungai.. Ramai yang tidak tahu bahawa ikan haruan juga tahan berada di kawasan berair masin.. Bagi sesetengah kaki pancing,ikan haruan sering menjadi hasil tangkapan untuk di jadikan makanan atau lauk pauk,manakala ikan haruan juga sebagai penawar pelbagai jenis penyakit termasuklah luka dalaman. Ikan haruan juga  mengandungi koligen semula jadi serta herba yang membantu memulihkan sel-sel kulit dan menyembuhkan luka pada tubuh badan seseorang.. Biasanya ikan haruan juga menjadi penawar bagi wanita yang baru lepas bersalin atau melahirkan anak,tujuannya adalah untuk memulihkan luka dan menghentikan pendarahan.. Bagi sesetengah masyarakat atau bangsa,ikan haruan adalah makanan untuk kecantikan kulit kerana ikan haruan mengandungi koligen semula jadi..
"Boh! kalau nak kulit muka yang cantik,halus dan licin,makan je sup ikan haruan.."ehehe
P/S : Petua untuk menghilangkan henyir pada ikan haruan adalah dengan mencuci mengunakan perahan jus buah limau nipis@kapas.. In Sya Allah hilanglah bau atau henyirnya.. SELAMAT MENCUBA!..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan