WELCOM TO ADA KU KISAH

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Selamat datang,Selamat membaca & Terima kasih kerana mengunjungi BLOGGER ADA KU KISAH ini..
Di mana saya akan mempaparkan pelbagai bahan menarik untuk di kongsikan bersama.. :)

Ahad, 11 Januari 2015

Kampung Halamanku Dan Lawatan Pelancong Korea Di Rumah

 Kampung Seri Serbang Bongawan adalah kampung halamanku yang terletak lebih kurang 4kilometer dari Pekan Bongawan dan mengambil masa perjalanan dari Kota Kinabalu Sabah lebih kurang selama 1jam perjalanan.. Kampung Seri Serbang adalah kampung yang tersenarai dalam Gerakkan Daya Wawasan(GDW)/Desa Cermerlang dan Desa Lesari. kampung ini juga sering mendapat tempat dan anugerah sebagai kampung terbaik dengan pelbagai aktiviti serta sering menjadi tarikkan pelancong,
Monyet Belanda atau dikenali sebagai Bayau adalah menjadi tarikan utama pelancong,manakala Gambus adalah melambangkan kebudayaan masyarakat brunei Bongawan Sabah serta pelbagai produk dan kraftangan menjadi tarikan pengunjung melawati kampung seri serbang ini.
Apa yang menarik lagi kampung halamanku,jom datang beramai-ramai ke Kampung Seri Serbang Bongawan Sabah..


Gerai Makan Tepi Sungai 





Lawatan Pelancong Korea Dan Aktiviti




Jom Cari Lokan Bongawan Sabah


Lokan adalah sejenis kerang yang hidup di kawasan tanah bakau yang berair masin,lokan juga boleh di makan dan tidak beracun,ianya sering di jadikan sebagai makanan bagi yang minat memakan masakan laut.. lokan mudah di temui di kawasan yang berbakau dan pesekiaran tanah bakau yang berlumpur..

kalau berminat nak cari lokan,jom ikut saya cari lokan dan pelajari cara-cara mencari lokan..hihihi.. :D


Kuih Bepang Mee Pak Dura Bongawan Sabah



Kuih Bepang Mee Pak Dura Bongawan






Kuih bepang mee adalah kuih tradisional masyarakat brunei sabah, kuih ini di hasilkan melalui mee mihun yang di goreng dan di adun dengan gula masakkan yang pekat sehingga adunan menjadi sebati,setelah adunan mee sebati kemudian proses memadatkan adunan kedalam bekas sehingga adunan menjadi padat dan serata. Kuih bepan mee juga di sukai dan di gemari pelbagai peringka umur kerana rasanya yang sedap,kuih bepang mee pak dura juga seringkali mendapat tempahan dari mana-mana majlis,perayaan dan lain-lain,kuih ini juga di gemari oleh pelbagai bangsa seperi bangsa korea,china,rusia dan lain-lain.. Apa tunggu lagi!tempahlah sekarang!
Untuk sebarang tempahan silalah menghubungi ke nombor yang di sediakan ini:
 0148537774(abd rahman madan@pak dura)

Ahad, 4 Januari 2015

Hujan Rahmat

Seringkali kita akan mengeluh tentang cuaca hujan,panas,banjir dan lain-lain,pernah ke kita terfikir akan semua kejadian,keadaan atau apa yang beraku atas kehendak Allah?Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa setiap apa yang dikehendakinya keatas mahluk ciptaanNya,kita sebagai mahluk ciptaanNya tidak dapat menandingi akan kekuasaan Maha Pencipta(Allah). Cuba kita renungi setiap musibah yang datangnya dari Tuhan atas apa yang kita lakukan di dunia ini,kadang-kadang kita tidak menyedari akan musibah yang menimpa kita,kita cuma anggap ianya cuma pekara biasa dan fenomena alam atau bencana yang berlaku itu semuanya kerana kehendak Allah tapi kenapa semuanya kerana Allah?Apa yang berlaku kerana perbuatan mahluk ciptaanNya sendiri,kita lah yang menjadi penyebab berlakunya musibah bencana dan lain-lain,kita lah yang membinasakannya sehingga terjadinya musibah,bencana dan lain-lain. Kita sebagai manusia yang punya akal dan fikiran yang boleh berfikir kearah kebaikan dan bukan kebinasaan,hendaklah sentiasa bersyukur setiap nikmat yang di berikan Tuhan kepada kita di dunia ini,bukan saling bermusuhan,menzalimi,maksiat yang melampau,berpecah belahan sesama sendiri sehingga kita di murkai Allah dengan pelbagai bencana yang menimpa.. Kenapa Allah turunkan hujan sehingga berlakunya banjir besar dan kerosakan harta benda?kerana Allah ingin kita menyedari akan setiap perbuatan yang kita lakukan,kerana Allah ingin satukan hambanya dengan saling tolong menolong,bantu membantu dan sentiasa hidup dalam bermuafakat ketika di timpa musibah mahupun dalam apa juga keadaan,kerana Allah ingin mengingatkan setiap hambanya yang leka atau lalai setiap apa yang dikerjakan atau terlarang oleh Allah. Oleh itu sama-samalah kita renungi dan mensyukuri setiap nikmat dan rahmat yang di berikan Tuhan,jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur.