WELCOM TO ADA KU KISAH

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Selamat datang,Selamat membaca & Terima kasih kerana mengunjungi BLOGGER ADA KU KISAH ini..
Di mana saya akan mempaparkan pelbagai bahan menarik untuk di kongsikan bersama.. :)

Sabtu, 27 Disember 2014

Rahsia Penawar Ikan Haruan



Ikan Jalak atau di kenali sebagai ikan Haruan adalah sejenis ikan air tawar,ikan haruan mudah di dapati di mana-mana kawasan paya,sungai dan aliran anak sungai.. Ramai yang tidak tahu bahawa ikan haruan juga tahan berada di kawasan berair masin.. Bagi sesetengah kaki pancing,ikan haruan sering menjadi hasil tangkapan untuk di jadikan makanan atau lauk pauk,manakala ikan haruan juga sebagai penawar pelbagai jenis penyakit termasuklah luka dalaman. Ikan haruan juga  mengandungi koligen semula jadi serta herba yang membantu memulihkan sel-sel kulit dan menyembuhkan luka pada tubuh badan seseorang.. Biasanya ikan haruan juga menjadi penawar bagi wanita yang baru lepas bersalin atau melahirkan anak,tujuannya adalah untuk memulihkan luka dan menghentikan pendarahan.. Bagi sesetengah masyarakat atau bangsa,ikan haruan adalah makanan untuk kecantikan kulit kerana ikan haruan mengandungi koligen semula jadi..
"Boh! kalau nak kulit muka yang cantik,halus dan licin,makan je sup ikan haruan.."ehehe
P/S : Petua untuk menghilangkan henyir pada ikan haruan adalah dengan mencuci mengunakan perahan jus buah limau nipis@kapas.. In Sya Allah hilanglah bau atau henyirnya.. SELAMAT MENCUBA!..:)

Original Kuih Cincin Pak Dura Bongawan Sabah

Kuih cincin adalah makanan tradisional bagi suku kaum brunei Sabah,rasanya yang sedap dan intinya yang asli di proses daripada gula merah  atau di kenali sebagai air gula nipah.. Kuih cincin Pak Dura juga mendapat sambutan pasaran dan sering di tempah mana-mana majlis atau perayaan.. Kuih cincin Pak Dura juga pernah memasuki rakaman atau selitan program Jaguh Kampung yang di anjurkan oleh ASTRO PRIMA pada bulan julai 2014 yang lalu.. Ianya juga menjadi kebanggaan penduduk kampung di mana,Kg Seri Serbang Bongawan Sabah terpilih dan  mendapat naib johan dalam program Jaguh Kampung"TAHNIAH!"
APA TUNGGU LAGI!TEMPAHLAH KUIH CINCIN PAK DURA SEKARANG!!!
PM atau HUBUNGI kami ke 0148537774(Rahman@Pak Dura). Harga tidak termasuk postage..TQ

<<Sedikit Selitan Gambar Proses Kuih Cincin Pak Dura >>







Sayur Lemiding,Lemidin atau Kemiding


Sayur lemiding atau di kenali sebagai lemidin bagi sesetengah masyarakat yang mengenalinya..
Tumbuhan ini hanya boleh di jumpai di kawasan yang bertanah lembab atau kawasan yang berpaya,
sayur ini juga tergolong dalam keluarga pucuk paku atau di kenali sebagai paku pakis..Bagi masyarakat atau suku kaum brunei Bongawan Sabah,Sayur lemiding adalah makanan tradisional bagi mereka. Rasanya yang sedap apabila di tambah dengan hidangan seperti ambuyat(sagu rumbia)cicah buah membangan,lauk pauk yang di rebus,ulam dan sambal belacan.. TERSELIUR SUDAH BAH,NYAMAN EH!!.HEHE




Tali Pengantung Pasu Bunga



Jika anda seorang pengemar atau minat menanam bunga,menghias halaman luar rumah dan menjadikan halaman rumah anda sebagai taman neseri bunga,di sini kami menjual tali pengantung pasu bunga dengan harga yang berpatutan serta pelbagai warna dan tahan lama. sesuai bagi semua jenis bunga seperti bunga orkid,bunga kertas,bunga lonceng dll.. Jika anda berminat untuk menempah tali pengantung pasu bunga,silalah hubungi  0148537774(Rahman) atau PM saya melalui laman sesawang Facebook saya (arie rahman)atau melalui wechat saya arierahman86..  Harga tidak termasuk postage..TQ

Don't Be Sad!


Dalam kehidupan ini tidak selalunya indah,adakalanya seringkali merasakan kekurangan dan kekurangan itu sering membuatakan kita mengeluh setiap apa juga masaah menimpa. Semua orang punya masalah dan setiap masalah ada jalan atau cara penyelesaiannya,terpulang bagaimana cara seseorang itu untuk mengatasi masalah.. Jika kita seringkali  fikirkan akan sesuatu masalah,ianya cuma membuatkan kita sentiasa memikirkan hal-hal duniawi dan melupakan akan akhirat kelak. Jangan bersedih jika kita di timpa musibah,kedukaan,kesulitan dll,ianya cuma ujian yang Tuhan berikan sama kita kerana setiap perjalanan hidup manusia sudah di tetapkan dan tulis sejak 500 tahun sebelum kita di lahirkan di dunia,dalam keadaan apa sekalipon yang kita lalui atau tempuhi, Tuhan sudah tetapkan perjalanan hidup masing-masing. Rahsia Tuhan kita tak tau kan?hari ini mukin kita di timpa kesulitan dan di sebalik kesulitan itu Tuhan gantikan dengan kesenangan yang lebih baik lagi.. :)

Kehidupan Itu Pelbagai Sudut dan Bentuknya


Apakah selama ini kita mensyukuri kehidupan yang kita miliki sekarang?apakah kita dalam keadaan selesa di setiap persekitaran atau di sekeliling kita sekarang meskipon di mana kita berada?Semua itu ada pada diri kita sendiri dan semua itu  terletak dalam diri kita sendiri,kita yang menilai akan sesuatu keadaan.. Saya mensyukuri setiap apa juga yang saya miliki,setiap apa juga keadaan di sekeliling saya dan setiap apa juga yang membuatkan saya menerima sesuatu yang positif meskipon di mana saya berada.. Saya bersyukur punya tempat untuk saya berlindung walaupon dalam keadaan serba serderhana,walaupon kurang keselesaan dll, bagi saya sudah cukup baik punya tempat berindung,berindung daripada hujan dan panas,berindung daripada bahaya dan berlindung daripada segalanya. Saya tidak kisah apa yang seringkali di perkatakan tentang sesuatu keadaan di sekeliling saya,tentang persekitaran dan masyarakat di sekeliling.
Bagi saya jangan terlalu fokus pada sesuatu keadaan di mana diri kita sendiri berada,cuba kita fikirkan persekitaran di luar sekeliling kita,adakah ianya lebih baik daripada apa yang kita miiki sekarang..
Kekayaan,kemewahan,pangkat,darjat dan apa juga status yang kita miliki sekarang ianya cuma di dunia sementara dan tidak akan di bawa ke akhirat kelak.Untuk apa kita megah dan bangga setiap apa juga kemewahan,harta dan sebagainya yang kita miliki di dunia. Sedangkan harta paling berharga adalah ibubapa kita,keluarga kita yang sangat berniai dan tidak ada yang dapat mengantikannya.Tanpa mereka suasana dan keadaan di sekeliling kita menjadi sepi ibarat sesuatu ruang yang kosong tanpa isinya..Maka tidak perlulah kita inginkan sesuatu keadaan yang cukup sempurna sebab tidak semua yang kita inginkan dalam keadaan sempurna..